Friday, 21 September 2018

Mensintesiskan Pembuatan Ammonia dan Garamnya

Ammonia: bahan kimia dengan formula kimia NH3Molekul ammonia mempunyai bentuk segi tiga.

Kegunaan Ammonia :
  • Membuat baja kimia.
  • Membuat bahan letupan.
  • Membuat gentian sintetik.
  • Membuat asid nitrik.
  • Sebagai agen penyejuk.
  • Mencegah pembekuan susu getah.
  • Membuat bahan pencuci  
Sifat-sifat Ammonia : 
  • Sangat larut dalam air
  • Gas tidak berwarna
  • Berbau sengit 
  • Bersifat alkali lemah apabila terlarut dalam air, H²0
  • Kurang tumpat daripada udara
  • Menghasilkan asap putih tebal dengan hidrogen klorida, HCI
      
Penghasilan ammonia dalam industri
■ Penghasilan ammonia

► Ammonia dihasilkan di kilang secara besar-besaran melalui proses Haber dengan menggunakan nitrogen dan hidrogen.

■ Animasi dibawah menunjukkan penghasilan ammonia melalui proses Haber


Penyediaan Baja Ammonium Sulfat
Tujuan: Menyediakan baja ammonium sulfat 
Bahan: 
» Kertas litmus merah
» Larutan ammonia 2mol dm-3
» Asid sulfurik cair 1mol dm-3
» Air suling
» Kertas turas

Radas:
» Bikar 100cm3
» Rod kaca
» Tungku kaki tiga
» Penunu Bunsen
» Kasa dawai
» Corong turas
» Silinder penyukat
» Mangkuk penyejat

Prosedur:

1.25cm3 asid sulfurik disukat dengan silinder penyukat. Asid ini dituang ke dalam bikar 100cm3.
2.Larutan ammonia dititis setitik demi setitik ke dalam bikar itu sementara larutan dikacau dengan rod kaca.
3.Larutan yang terhasil diuji dengan kertas litmus merah dari semasa ke semasa. Penitisan larutan ammonia dihentikan sekiranya kertas litmus bertukar kepada biru (atau semasa larutan mengeluarkan bau ammonia).
4.Kemudian, larutan dituang ke dalam mangkuk penyejat.
5.Larutan dididihkan sehingga tepu.
6.Larutan tepu disejukkan pada suhu bilik. Hablur-hablur putih ammonium sulfat akan terbentuk.
7.Hablur-hablur garam itu dituras dan dibilas dengan air suling yang sejuk.
8.Hablur-hablur yang terbentuk dikeringkan dengan kertas turas.
Analisis:

Larutan ammonia adalah berlebihan ketika kertas litmus merah mula bertukar warna.

Larutan tepu perlu disejukkan pada suhu bilik supaya penghabluran dapat berlaku.

Hablur-hablur garam dibilas dengan sedikit air suling yang sejuk untuk menyingkirkan bendasing seperti larutan ammonia.

Kesimpulan:

Baja ammonium sulfat dapat disediakan melalui tindak balas antara larutan ammonia dengan asid sulfurik cair, dan kemudiannya melalui penghabluran.

No comments:

Post a Comment